PENGENALAN


CITI.TECH telah di tubuhkan pada 29 November 1997 di Kota Bharu Kelantan. Matlamat awal penubuhannya adalah untuk membekalkan perkakasan serta perisian komputer, aksesori dan menyediakan pekhidmatan sokongan dan baikpulih yang berkaitan dengannya.

Seawal tahun 2001 CITI.TECH telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia diikuti dengan pendaftaran dengan badan-badan lain nya seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan lain-lain lagi. Ini telah membolehkan kami turut bersaing dalam tender dan sebutharga kerajaan dan badan-badan tersebut.

Kami juga telah melebarkan sayap kami dengan menjalankan usahasama dengan Koperasi Pegawai Melayu Kelantan dalam menyediakan ‘Skim Bayaran Mudah’ kepada ahli Koperasi yang terdiri dari Pegawai Kerajaan di seluruh Kelantan.

Selain itu kami juga telah menjalankan usaha sama (smart partnership) dengan Syarikat – Syarikat berkaitan dalam usaha menerapkan konsep “Multi Vendor Customer Service” dalam memberi yang lebih baik untuk pelanggan kami.

Alhamdulillah, dihari ini setelah 12 tahun beroperasi dan dengan berkat sokongan pelanggan kami yang setia dan semakin meninggkat kami telah menjadi lebih matang dalam meneroka idea dan produk produk baru untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan pelanggan kami dalam menempah tempat dalam pasaran ‘Dunia IT’ yang sangat kompetatif, Insyaallah.